Rabu, 7 Jun 2017

Liberalisasi Motor Insurans

Apa Itu "Insurance Detariffication" Bagi Insurans Kenderaan?

Ramai yang bertanyakan saya berkenaan pentarifan semula (detariffication) insurans am terutamanya insurans kenderaan seperti kereta dan motor yang akan dilaksanakan Julai 2017 ini. Adakah ianya membebankan rakyat dengan kenaikan premium/caruman ke atas insurans/takaful yang diambil?.

“De-tariffication” bermaksud pentarifan semula tarif/kadar bayaran premium/caruman ke atas satu-satu pelan insurans/takaful yang diambil. Sebelum ini tarif/kadar ini telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mana ianya diguna pakai oleh semua syarikat Insurans dan Takaful di Malaysia. Di China dan India pentarifan semula ini telah lama dilaksanakan dan ianya boleh dikatakan lebih berpihak kepada pengguna.

Kini bayaran premium/caruman adalah lebih fleksible kerana semua syarikat insurans dan takaful tidak lagi terikat dengan tarif/kadar yang ditetapkan oleh BNM. Ini akan mengwujudkan persaingan yang sihat diantara syarikat-syarikat insurans dan pengendali takaful di Malaysia kerana mereka harus memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap. Bagi pengguna pula, pentarifan semula ini akan menyaksikan pelbagai tawaran akan diberi bagi menarik minat pengguna dan berkemungkinan akan menyaksikan juga pelbagai pelan produk baru dengan kadar premium/caruman yang lebih kompetitif.

Di dalam segmen insurans/takaful kenderaan bermotor, hanya pelan komprehensif(biasanya disebut “first party”) dan pelan pihak ke-3 beserta kebakaran dan kecurian (third party fire and theft) yang akan berubah ke arah liberilisasi tarif. Bayaran permium/caruman insurans/takaful pihak ke-3 masih lagi ditentukan mengikut tarif.

Kini penetapan kadar premium/caruman insurans/takaful akan ditentukan oleh pelbagai faktor seperti keselamatan dan ciri-ciri keselamatan kenderaan, tempoh satu-satu kenderaan itu berada di atas jalan raya, pengalaman memandu, rekod kesalahan jalan raya, pengaruh geografi ke atas kenderaan berada dan lain-lain faktor.

Ini bermakna bagi individu yang sama, berkemungkinan akan mendapati bayaran premium/caruman insurans/takaful mereka akan berbeza-beza dari setiap syarikat insurans/takaful. Ini juga akan membuatkan syarikat insurans/takaful akan berusaha lebih gigih bagi memastikan kepuasan hati pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan.

Diskaun Tanpa Tuntutan (Non Claim Discount-NCD) tidak akan berubah dan ianya masih lagi berterusan boleh dipindahkan dari satu syarikat ke syarikat yang lain. Diskaun ini masih lagi dikekalkan dan diberi kepada pengguna yang layak.

Khamis, 9 Julai 2015

Takaful Am

Takaful Am memberikan perlindungan jangka pendek atas harta benda dan liabiliti terhadap mana-mana kerugian atau kerosakan. Produk Takaful Am merangkumi semua jenis perlindungan takaful yang tidak termasuk dalam skim Takaful Keluarga.

Jenis produk takaful am yang ditawarkan oleh pengendali takaful Malaysia sentiasa bertambah dari segi kepelbagaian dan kecanggihan, selaras dengan permintaan dan kehendak pengguna. Pada amnya produk Takaful Am boleh dikategorikan kepada dua kelas iaitu Takaful Kenderaan dan Takaful Bukan Kenderaan.

TAKAFUL KENDERAAN
  • takaful kenderaan bermotor
TAKAFUL BUKAN KENDERAAN
  • takaful kebakaran (fire)
  • takaful kemalangan diri (personal accident takaful)
  • takaful kejuruteraan (engineering takaful)
  • takaful pelbagai (miscellaneous)

Jumaat, 5 Oktober 2007

Keperluan Kepada Pelan Takaful

5 risiko utama di dalam kehidupan

  1. kemalangan
  2. kematian
  3. hilang upaya kekal
  4. penyakit kritikal
  5. usia tua

Khamis, 4 Oktober 2007

Perbezaan Takaful dan Insuran

insuran
  • risiko dipindahkan daripada individu kepada syarikat melalui kontrak yan mana jika berlaku sesuatu keatas individu, syarikat akan menanggungnya.
  • tidak selaras dengan hukum syarak kerana mengandungi unsur judi, riba dan gharar (ketidakpastian).
  • kontrak berasaskan jual beli.
  • perlaburan berasaskan konsep riba (terdapat juga Badan Penasihat Syariah, tetapi kuasa yang terbatas).
  • segala keuntungan milik syarikat, peserta hanya menerima keuntungan berdasarkan faedah; walaupun syarikat mendapat keuntungan yang lebih.

takaful

  • risiko adalah merupakan tanggungjawab peserta yang mana syarikat hanya merupakan pengendali dana.
  • diawal akad peserta bersetuju untuk menderma / tabaru' yang mana konsep jamin-menjamin, bantu membantu diguna pakai.
  • selaras dengan hukum syarak.
  • kontrak berasaskan konsep derma / tabaru'.
  • pelaburan dikawal oleh Majlis Pengawasan Syariah.
  • Keuntungan berdasarkan konsep Mudharabah. Jika syarikat untung lebih, keuntungan dibahagikan kepada peserta berdasarkan nisbah yang ditentukan diawal akad.

Konsep Takaful

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1400 tahun. Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w yang antaranya:

DALIL KERJASAMA
  • Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. ( Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud )

DALIL TANGGUNGJAWAB

  • Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. ( Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim )
  • Muslim yang sebenar (Mu'min) dengan Muslim yang lain (Mu'min) diibaratkan seperti bangunan di mana setiap bahagian menyokong bahagian yang lain. ( Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim )

DALIL SALING MELINDUNGI

  • Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. ( Diriwayatkan oleh Imam Ahmad )

Rabu, 3 Oktober 2007

Majlis Pengawasan Syariah

Syarikat pengendali Takaful harus beroperasi serta menguruskan perniagaan berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Selaras dengan itu, semua aspek operasi, urusan perlaburan, pengurusan dan pemasaran perniagaan akan dikawalselia oleh Majlis Pengawasan Syariah.