Rabu, 7 Jun 2017

Liberalisasi Motor Insurans

Apa Itu "Insurance Detariffication" Bagi Insurans Kenderaan?

Ramai yang bertanyakan saya berkenaan pentarifan semula (detariffication) insurans am terutamanya insurans kenderaan seperti kereta dan motor yang akan dilaksanakan Julai 2017 ini. Adakah ianya membebankan rakyat dengan kenaikan premium/caruman ke atas insurans/takaful yang diambil?.

“De-tariffication” bermaksud pentarifan semula tarif/kadar bayaran premium/caruman ke atas satu-satu pelan insurans/takaful yang diambil. Sebelum ini tarif/kadar ini telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mana ianya diguna pakai oleh semua syarikat Insurans dan Takaful di Malaysia. Di China dan India pentarifan semula ini telah lama dilaksanakan dan ianya boleh dikatakan lebih berpihak kepada pengguna.

Kini bayaran premium/caruman adalah lebih fleksible kerana semua syarikat insurans dan takaful tidak lagi terikat dengan tarif/kadar yang ditetapkan oleh BNM. Ini akan mengwujudkan persaingan yang sihat diantara syarikat-syarikat insurans dan pengendali takaful di Malaysia kerana mereka harus memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap. Bagi pengguna pula, pentarifan semula ini akan menyaksikan pelbagai tawaran akan diberi bagi menarik minat pengguna dan berkemungkinan akan menyaksikan juga pelbagai pelan produk baru dengan kadar premium/caruman yang lebih kompetitif.

Di dalam segmen insurans/takaful kenderaan bermotor, hanya pelan komprehensif(biasanya disebut “first party”) dan pelan pihak ke-3 beserta kebakaran dan kecurian (third party fire and theft) yang akan berubah ke arah liberilisasi tarif. Bayaran permium/caruman insurans/takaful pihak ke-3 masih lagi ditentukan mengikut tarif.

Kini penetapan kadar premium/caruman insurans/takaful akan ditentukan oleh pelbagai faktor seperti keselamatan dan ciri-ciri keselamatan kenderaan, tempoh satu-satu kenderaan itu berada di atas jalan raya, pengalaman memandu, rekod kesalahan jalan raya, pengaruh geografi ke atas kenderaan berada dan lain-lain faktor.

Ini bermakna bagi individu yang sama, berkemungkinan akan mendapati bayaran premium/caruman insurans/takaful mereka akan berbeza-beza dari setiap syarikat insurans/takaful. Ini juga akan membuatkan syarikat insurans/takaful akan berusaha lebih gigih bagi memastikan kepuasan hati pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan.

Diskaun Tanpa Tuntutan (Non Claim Discount-NCD) tidak akan berubah dan ianya masih lagi berterusan boleh dipindahkan dari satu syarikat ke syarikat yang lain. Diskaun ini masih lagi dikekalkan dan diberi kepada pengguna yang layak.