Khamis, 4 Oktober 2007

Perbezaan Takaful dan Insuran

insuran
  • risiko dipindahkan daripada individu kepada syarikat melalui kontrak yan mana jika berlaku sesuatu keatas individu, syarikat akan menanggungnya.
  • tidak selaras dengan hukum syarak kerana mengandungi unsur judi, riba dan gharar (ketidakpastian).
  • kontrak berasaskan jual beli.
  • perlaburan berasaskan konsep riba (terdapat juga Badan Penasihat Syariah, tetapi kuasa yang terbatas).
  • segala keuntungan milik syarikat, peserta hanya menerima keuntungan berdasarkan faedah; walaupun syarikat mendapat keuntungan yang lebih.

takaful

  • risiko adalah merupakan tanggungjawab peserta yang mana syarikat hanya merupakan pengendali dana.
  • diawal akad peserta bersetuju untuk menderma / tabaru' yang mana konsep jamin-menjamin, bantu membantu diguna pakai.
  • selaras dengan hukum syarak.
  • kontrak berasaskan konsep derma / tabaru'.
  • pelaburan dikawal oleh Majlis Pengawasan Syariah.
  • Keuntungan berdasarkan konsep Mudharabah. Jika syarikat untung lebih, keuntungan dibahagikan kepada peserta berdasarkan nisbah yang ditentukan diawal akad.

Konsep Takaful

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1400 tahun. Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w yang antaranya:

DALIL KERJASAMA
  • Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. ( Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud )

DALIL TANGGUNGJAWAB

  • Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. ( Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim )
  • Muslim yang sebenar (Mu'min) dengan Muslim yang lain (Mu'min) diibaratkan seperti bangunan di mana setiap bahagian menyokong bahagian yang lain. ( Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim )

DALIL SALING MELINDUNGI

  • Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. ( Diriwayatkan oleh Imam Ahmad )