Khamis, 4 Oktober 2007

Konsep Takaful

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1400 tahun. Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w yang antaranya:

DALIL KERJASAMA
  • Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. ( Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud )

DALIL TANGGUNGJAWAB

  • Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. ( Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim )
  • Muslim yang sebenar (Mu'min) dengan Muslim yang lain (Mu'min) diibaratkan seperti bangunan di mana setiap bahagian menyokong bahagian yang lain. ( Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim )

DALIL SALING MELINDUNGI

  • Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. ( Diriwayatkan oleh Imam Ahmad )

Tiada ulasan: